Sunday, February 24, 2013

Mengidam

Pecah rekod almost sebulan tak gi McD. Tapi pagi ni bukan Rayyans yang minta ke McD, tapi mama plak yang mengidam nak makan bubur mcd. Biasalah, bila cirit birit doktor nasihatkan makan makanan yang lembut-lembut jer. Dah seminggu mama kena cirit birit tak baik-baik. Bontot cam nak kena buasir dah rasanya.

Selain bubur, we order set breakfast dan apple pie. Hadif dah tak sabar nak makan. Ready kat tangan tu sudu n garpu. Mama surprised kali ni dengan Rayyans. Selalunya bila datang McD, diorang tak sabar-sabar masuk main. Tapi kali ni behave. Dok kat meja diam-diam n makan sampai habis dulu. Then baru la diorang masuk tempat mainan tu.

Masing-masing berjaya habiskan seketul sorang hash brown, pancake, apple pie dan omelet. Terkejut mama tengok diorang makan. Memang tak nafikan, sekarang diorang berdua memang makan berselera. Setakat sebungkus nasi kukus tu kejap jer diorang habiskan.

Suka sangat bila tengok anak-anak makan bersungguh. Kalau setiap minggu diorang ajak gi McD pun mama sanggup. Janji diorang nak makan.

No comments:

Post a Comment