Semalam kalau ikutkan hari pasar malam. Mama tak pernah miss gi pasar malam. Plan nak beli tudung. Tapi masa balik hujan plak turun dengan lebat gila. Saja cari pasal la kalau buka mulut cakap nak gi pasar malam. Mau kena fire ngan papa. Walaupun tekak teringin nak makan ayam uncle bob, tapi mama tak cukup gigih nak meredah hujan sampai lencun.
Teringat kat kedai Nasi Lemak Habibi yang baru buka tu. Layan nasi lemak time hujan-hujan ni syok jugak. Restoran ni terletak kat Alam Jaya, berdepan dengan econsave. Setiap kali gi econsave dok jeling jer kat kedai ni.
Cantik deko dia. Kaler hijau. Ceria terang benderang. Pastu kedainya bersih la. Kata kedai baru kann.. Sempat gak sembang ngan owner dia tanya kot-kot ada branch kat tempat lain. Tapi nan hado...ni 1st branch diorang.
Menu dia satu muka surat jer. Tak payah nak belek-belek. Pilihan makanan ada appertizer, mee, pasta, nasi lemak dan western food. Air pun bukan setakat air yang biasa-biasa jer...yang blended-blended tu pun ada gak. Harga pun masih boleh diterima akal. Mampu makan la.
Air we ordered teh tarik dan nescafe ais. Papa makan nasi lemak paru goreng. Me ordered roasted chicken morocco. East meets west. Testing sedap ke idok. Kalau sedap bolehla repeat lagi. Tapi lenkali order food lain plak.
Set nasi lemak paru goreng. Sedap. Nasi lemak dikukus. Paru goreng tu berempah. Then ada kerabu mangga. Sambal dia plak pedas-pedas manis gitu. Yang penting, ikan bilis dia kecil dan rangup dan bersih. Bukan hitam legam...
Roasted chicken morocco. Memang terasa rempahnya. Tapi set ni amik masa la skit. Papa dah habis makan baru food mama sampai. Ye la, depa nak kena bakar ayam tu dulu kan. Kalau nasi lemak tu memang dah ready made.
Presentation food dia pun menarik gak. Kalau makan pasta or yang berkuah, mangkuk dia kaler hijau uuuu..sempat ai skodeng orang sebelah makan. My komen, sedap. Lain kali boleh terjah sini lagi. Nanti nak bawa nenek makan sini la.
P/S : Esok nenek datang sini lawat anak cucu..lalalalala
No comments:
Post a Comment