Tapi Tuhan yang menentukan. Sebelum balik kampung, mama dah plan macam-macam dalam kepala ni. Nak jalan-jalan ke teganu, ke rantau panjang...tapi tinggal plan jer. Petang khamis, mek dapat panggilan dari pondok tempat moyang Rayyans tinggal. Moyang kena asthma attack. So papa n tok ayah cepat-cepat ke sana amik moyang bawa ke klinik.
Kesihatan moyang agak tak menentu. Lepas gi klinik, makan ubat, nafas kembali ok. Tetiba pukul 2 pagi moyang jerit panggil nenek. Moyang sesak nafas. So kami bawa moyang ke hospital. Masuk wad kecemasan. Nasib baik everything ok. Jadinya, cuti ni kami dok umah jer la menjaga moyang. Keluar pun setakat ke pasir putih jer.
Aktiviti wajib masa balik kampung adalah beli kain pasang. Masa balik last month dah beli 3 pasang. Kali ni beli lagi 3 pasang untuk mama dan sepasang sorang untuk nenek dan moyang.
Lepas beli kain, singgah tapau kfc. Rayyans menggeletis nak turun tapi mama tak izinkan. Kalau diorang turun sure kena makan sini. Mama tak dapat nak makan kat sini sebab risau moyang kat rumah dijaga oleh tok ayah sorang jer.
Sampai rumah, terus mengadap kfc. Si kembar ni siap bersimpang tangan diorang. Suka sangat makan fast food ni.
Dah habis melantak, mama ke rumah tukang jahit. Hantar kain baru untuk ditempah dan amik 3 pasang baju yang dah siap jahit.
No comments:
Post a Comment