Wednesday, January 2, 2013

Prosperity

Semoga tahun baru ni beri lebih kejayaan dan kekayaan kepada kami. Bukan setakat kaya dengan wang ringgit dan harta benda, tapi kaya dengan keimanan, ketaqwaan dan kasih sayang. Semoga tahun ni kami dilimpahi dengan lebih prosperity.

Sebut pasal prosperity, sebenarnya malam ni anak-anak mengamuk ajak keluar ke McD. Dua hari cuti ni kami tak keluar kemana-mana sebab too bizi dok mengemas satu rumah.

Untuk tidak menghampakan permintaan anak-anak, kami ke McD untuk dinner. Lagipun malam ni mama dah kepenatan, tak larat nak memasak. We had prosperity burger for both of us dan bubur nasi untuk Rayyans.

Bila ke McD, Rayyans takkan pulang dengan tangan kosong. Seperti biasa, diorang akan mengepow kami mainan kiut miut dari McD ni. Malam ni plak cuma ada mainan musical bracelet ni. Lantak la anak jantan pakai gelang.

Lepas makan McD pun diorang still takmo balik rumah. Then decide nak melawat cikla kat rumah baru. Bila mama call, cikla kat econsave. Dah alang-alang, kami pun ke econsave juga. Dapatla mama beli barang dapur yang dah kekeringan tu.

Tak sah kalau shopping tak kena pow. Orang lain yang start sekolah, diorang yang sibuk-sibuk nak beli buku dan pensel kaler. Mama layankan jer la kerenah si kembar ni. Jangan nanti dah sekolah nanti malas plak nak buat kerja sekolah. Mama piat telinga nanti.

No comments:

Post a Comment