Setiap minggu, hari jumaat adalah hari yang dinantikan. Jumaat lunch hour 2 jam. Sempatlah kami nak memanjangkan langkah during ofis hour tu. Last week dah menggedik kat tesco, shopping jubah. Tadi ke Space U8 plak. Saja jalan-jalan cuci mata sebab dah lama tak ke sini.
Sebelum ke sana, gegurls awal-awal lagi dah bincang tempat makan. Kali ni semua bersetuju nak makan dengan food court aje. Food court kat Space U8 terletak kat Level 1. Walaupun kat food court, mama tetapla mencari western food juga.
Kali ni mama n mama jue makan benda yang sama, set Mixed grilled. Portion dia memang besar, berpatutan dengan harga RM 25.
Dalam set ni ada sekeping chicken chop, 2 keping grilled lamb dan sebatang sosej yang besar. Side dish boleh pilih dua diantara buttered rice, coleslaw, french fries dan mashed potato. Sos dia plak boleh pilih samada nak mushroom, blackpepper or BBQ.
Ini set yang mama jue order. Mama jue pilih buttered rice, french fries dan blackpepper sos. Komen mama, memang berbaloi makan. Kenyang dan sedap. Harga tak mahal. Kebiasaannya kalau order lamb chop biasa pun harga dan berpuluh-puluh.
Cik eldiani makan nasi goreng kerabu. Nasi goreng ni bukan dari gerai yang jual western food tu yer. Harga nasi goreng ni RM7.50.
Tu dia Eldiani dah sinsing lengan nak berkungfu dengan nasi goreng. Komen dari Eldiani, biasa-biasa saja rasanya.
Mastura plak makan mee hailam, from the same booth dengan Eldiani. Komen dari Mastura, kurengg sedap. Maksudnya tak sedap la tu kot.
Lepas lunch kami round-round dulu sekitar foyer Space U8. Ternampakla booth urut kaki by orang-orang cacat penglihatan ni. Mama pun memang dah lama sangat tak urut kaki. Singgah la kejap urut kaki for 30 minutes, RM20.
No comments:
Post a Comment