Rangkuman seminggu untuk menu breakfast kat restoran mak uda. Kitorang ni bila dah jatuh chenta kat satu restoran, memang situ jer la tempat diterjah. Makan sampai muntah. Dah bosan nanti or dah habis menu yang dimakan, bolehlah cari port baru. Lagipun kat sini tempat strategik. Laluan kami ke opis. Dekat lak tuh ngan opis mama. Pergi balik kerja memang lalu depan restoran ni.
Hinggalah 2,3 hari lepas tetiba tokey kedai tu datang pelu bahu mama. Tokey dia pompuan yer. Ayat dia "baguslah puan ni, setiap hari datang sini". My answer "oh saya memang support sesapa yang buka restoran kat sini". Less talking. Lets the food yang talking-talking.
Isnin: Pulut kuning dengan rendang ayam. Papa makan cucur udang lagi.
Selasa: Mama makan pulut pagi n ikan celup tepung, again. Papa makan nasi dagang matching dengan ulam nasi kerabu (memang pelik selera makan papa).
Rabu: Mama makan nasi berlauk gulai ikan tongkol. Papa makan nasi minyak lauk ayam masak merah. Nasi minyak tu manis rasanya.
Khamis: Me eat nasi lemak ayam goreng berempah. Papa makan roti kosong dua keping plus kuih-muih 3 ketul.
Jumaat: Mama makan nasi impit kuah kacang dan rendang ayam. Rasa macam raya plak. Papa makan mee goreng lauk sambal paru.
Notis tak? Setiap hari mama breakfast dengan nasi. Uwaaaaa...manalah badan tak kembang 3,4 mangkuk.
No comments:
Post a Comment