Bye bye 2012...welcome 2013. Masuk tahun baru, umur pun makin tambah. Dah umur 33 tahun mama. Anak-anak pun dah masuk 4 tahun. New addition belum ada lagi setakat ni. Insyaallah kalau diberi rezeki, dapatlah tambah umat Muhammad tahun ni. Sebelum masuk tahun baru, mama dah list down Impian untuk tahun ni. Semoga apa yang mama impikan akan tercapai. Kalau tak tercapai, bring forward ke tahun depan la gamaknya.
Malam tahun baru kami tak ke mana-mana. Walaupun pada mulanya papa ada suarakan nak tengok bunga api kat putrajaya. Tapi bila dikira tambah tolak campur bahagi, buat penat jer nanti. Jalan jem, orang berasak-asak plus ada anak kecil. Macam tak berbaloi penatnya nanti. Lagipun, zaman merambu-rambu malam buta ke awal pagi ni dah lama mama tinggalkan. Masa bujang dan time tengah hangat bercinta dulu dah merasa benda tu semua. Sekarang ni, masa untuk rehat dan spent masa ngan anak-anak jer lagi baik. Kalau nak pergi pun maybe tunggu anak besar dulu kot.
1 Januari memang cuti umum. 2 Januari plak mama n papa amik cuti sebab pengasuh Rayyans minta cuti. Dia nak register anak sekolah. 2 hari cuti tu memang digunakan sebaik mungkin. Mama n papa bergabung tenaga mengemas dan membersihkan rumah. Penat tu toksah nak cerita la. Kami berdua ni, especially papa ada tabiat suka mengumpul barang-barang yang tak berguna. Tak berguna tu maksudnya, kami tak pernah guna dan tak akan guna benda tu lagi. Tapi sayang nak buang. Contohnya kain baju. Sekarang ni kiranya misi nak melupuskan benda-benda tu semua. Biar terang rumah dan ada la peluang mama nak tambah barang baru. Hahahaha..
2 hari tu sebenarnya tak cukup nak clearkan satu rumah. Ada lagi satu bilik, yang kami guna untuk ampai baju tak sempat untuk dikemas. So im looking forward this wiken untuk menyetelkan kerja-kerja mengemas. Bukan apa, nak mengemas ni kena ada mood juga. So masa tengah ada mood ni baiklah pulun sehabisnya. Lagipun papa ada untuk tolong mama. Harap-harap rumah yang kemas ni bawa lebih kebahagian, kegembiraan dan rezeki buat kami di tahun baru ini.
No comments:
Post a Comment