Its friday again..hari yang ditunggu-tunggu setiap minggu. Bila jumaat, me n my galfrens ada masa merendek waktu lunch hour. Di hari jumaat ini juga, for the first time mama berjubah ke opis. Galfrens kat opis semua dah berjubah since last week. Kiranya mama agak ketinggalan.
Lihatlah penampilan kami bila berjubah. This week baru ada chance join depa berjubah. Baru beli jubah uolss..tu pun sehelai jer. Andaikata plan kami semua nak berjubah setiap hari jumaat, mama kena beli lagi jubah baru tambah koleksi. Takkan setiap minggu nak ulang tayang pakai baju yang sama jer. Nanti Mr B boring tengok mama pakai jubah tu.
3 mak dara manis berjubah (puji diri sendiri). Jubah-jubah sekarang dah moden. Walaupun berjubah masih boleh bergaya. Cuma mama ni jenis badan tak sekata susah nak cari saiz yang sesuai. Bila badan ok, tang tangan plak ketat. Susah betul bila ada lengan macam hulk hogan ni.
Dah boleh tubuh satu grup nasyid muslimah. Hahaha...Anggaplah ini permulaan kepada segala kebaikan. Betulkan niat kami berjubah bukan sekadar berfesyen tapi untuk memenuhi tuntutan agama. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment