Memang tidak dinafikan, sesapa yang kenal rapat dengan mama tahu yang mama ni kaki makan. Kat mana ada restoran yang baru buka, mesti mama akan ke sana untuk mencuba makanan yang dihidangkan.
Tapi kadang-kadang hati ni ragu-ragu dengan status HALAL sesebuah restoran tu. Kalau restoran melayu mungkin akan rasa yakin sedikit. Tapi kalau restoran yang berkonsepkan kopitiam, kadang-kadang timbul keraguan dalam hati. Bila dah ragu-ragu, sah-sahlah tak boleh nak dimakan dah.
Sekarang mama tidak perlu runsing lagi memikirkan hal-hal sedemikian. Mama telah diperkenalkan dengan satu blog yang me'review' tempat-tempat makan yang menyajikan makanan yang sedap dan halal. Blog tersebut adalah Myselera. Memang kena namanya...kerana kena dengan my selera.
Banyak restoran-restoran halal yang disyorkan kat website ini. Lepas ni, jika buntu nak bawa mak ayah makan kat mana, boleh merujuk kat sini. Kalau tak pun bila nak celebrate hari special macam birthday ke, anniversary ke....masuk jer website Myselera. Confirm hati tak buntu dah nak mikior nak makan mana. Ye dak?
Cuma mama berharap agar Myselera dapat menambahkan lagi review-review tentang restoran halal di seluruh Malaysia. Kadang-kadang, bila mama pergi bercuti susah nak cari tempat makan. At least, kalau ada suggestion kat mana-mana website, mama dah boleh google awal-awal sebelum pergi bercuti. Jimat masa dan tenaga nak mencari tempat makan nanti. Hati senang, perut pun kenyang.
No comments:
Post a Comment