Hari isnin lepas, masa amik Rayyans kat rumah pengasuh terus pengasuh cakap hari ni berlaku satu tragedi. Mama dah berderau darah, risau apa la plak jadi kat Rayyans. Macam something bad happened. Rupanya....Hazim dah potong rambut Hadif. Setompok nampak kulit kepala.Nasib baiklah tak tergunting telinga ke bahagian badan ke. Syukur nothing bad happened.
Alkisahnya, anak ke4 pengasuh tengah buat kerja sekolah. Dia tak sedar bila masa budak berdua ni amik gunting dari pencil case. Sedar-sedar jer Hazim dah pegang rambut yang dah digunting tunjuk kat Ummi. Rupanya dia dah tarah kepala Hadif. Yang Hadif plak, redha jer hulur kepala kat Hazim suh potong rambut. So wiken ni kami plan nak gi saloon, nak tarah rambut diorang kasi pendek.
Risau juga takut benda ni jadi lagi sekali. Mama pesan kat pengasuh jangan terlepas pandang. Takut pasni dia gunting jari ke apa plak..
No comments:
Post a Comment