Zon Ancient Egypt membawa kita mengembara ke era piramid kuno semasa pemerintahan Firaun.
Kat sini banyak patung-patung Firaun yang telah berjaya menakutkan Rayyans. Rayyans ni kalau patung pelik-pelik dan besar-besar memang diorang takut.
Perkara menarik kat Ancient City adalah Revenge Of The Mummy, Treasure Hunters dan berjumpa dengan karakter Tentera Anubis.
Revenge of The Mummy adalah indoor high speed roller coaster. Budak-budak bawah 122cm tak boleh masuk. Kesimpulannya game ni pun mama tak dapat main.
Disebabkan kat sini panas terik, kami amik keputusan untuk berehat sekejap kat sini. Tengah syok-syok bagi Rayyans minum, tetiba mamat dua orang kat atas ni datang dari belakang Rayyans dan terus pegang diorang. Terkejut beruk la anak mama. Terus dua-dua melalak. Pastu mamat dua orang tu blah macam takde apa berlaku. Satu hal mama nak mujuk anak yang nangis sampai gigil sebab takut.
Lepas insiden tu kami terus melupakan hajat nak berehat sekejap. Sambung perjalanan ke Treasure Hunters.
Ramai betul pengunjung hari ni. Kami beratur hampir sejam baru dapat main. Kan best kalau dapat tiket express. Tak perlu nak beratur lama-lama.
Kat sini ada outdoor motocar ride. Kita boleh explore tapak penggalian yang ditinggalkan di dalam zaman mesir purba ni.
Semasa treasure hunt akan jumpa pelbagai halangan dan kesan-kesan tinggalan pencari harta karun.
No comments:
Post a Comment