Hari ni mama seharian berbengkel kat Jabatan Audit Negara untuk projek audit hakisan pantai. Bila time lunch main konsultan belanja semua orang makan kat Chakri Palace, Alamanda. Mama tak pernah lagi makan kat restoran ni, even tak tau pun kat Alamanda ni ada Restoran Chakri Palace.
Chakri Palace menyajikan masakan ala Thai. Restoran ni agak eksklusif dan harga makanannya memang boleh tahan mahal. Kalau kata nak datang makan sendirian berhad tunggu duit bonus dulu la kot. Hahaha.
Kami order set makanan untuk 6 pax yang mengandungi nasi putih, tomyam campur, sayur campur, gulai siam, ayam goreng pandan, somtam, popia berintikan isi ikan dan udang galah serta ice lemon tea. Harga untuk set ni mama rasa dalam RM500++..
Makan kali ni mama cuma berjaya amik gambar tomyam jer. Yang lain malu nak amik gambar, fokus kat makanan satu persatu sebab ahli mesyuarat tingkap semuanya lelaki melayu terakhir. Mek jer sorang pompuan melayu terakhir.
Bila makan kat restoran eksklusif, layanannya pun haruslah bertaraf 5 bintang. Bukan setakat layanan, makanannya pun sedap. Cukup lengkap rasanya.
No comments:
Post a Comment