Selepas berjaya tukar duit, kami terus ke Rahman Putra untuk jemput angah dari opis dan terus balik rumah. Esok kami minta tolong angah hantarkan kami ke opis. Balik rumah dah jam 9 malam. Fuhhh...panjang betul perjalanan kami petang ni. Balik rumah, mandi dan mama terus prepare dinner. Simple jer dinner kami malam ni. Mama dah penat tak larat nak masak. Pas makan nak kena packing baju lagi.
Bahan - bahan :
3 ketul roti croissant - belah tengah jangan sampai putus
1 tin tuna
2 sudu mayonis
Lada sulah
Daun salad secukupnya
1 biji tomato - potong bulat
Cara - cara :
Tuna dipanaskan terlebih dahulu.
Sapu mayonis kat atas roti.
Susun daun salad kat atas roti kemudiaan diikuti dengan tuna dan tomato.
Tutup balik roti tu...hidangkan.
Kali ni mama sertakan baked beans sekali.
No comments:
Post a Comment