Selepas asam pedas ayam tu masak, mama terus goreng sayur plak. Sambil tu sempat lagi bakar sotong guna dapur yang lagi sebelah. Memang kejar masa sementara anak-anak tidur kan..
Bahan - bahan :
Seiikat sayur bayam
Segenggam ikan bilis
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - potong serong
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara - cara :
Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing. Masukkan ikan bilis dan goreng sehingga ikan bilis masak. Masukkan bayam merah, cili dan garam. Kacau seketika dan tutup api. Hidangkan.
Sotong bakar ni dibakar gitu-gitu jer, tanpa letak apa-apa samada garam atau kunyit. Mama suka bakar camni sebab dapat rasa kemanisan sotong tu. Sotong ni beli kat pasar malam semalam, harga RM5 seekor. Agak mahal tapi dah teringin nak makan..
No comments:
Post a Comment