Friday, June 1, 2012

Dulu Sinar...Sekarang Asyik

Apebenda yang mama bebel ni..sekejap sinar..sekejap asyik. Ni nak cita..last month mama pernah makan kat restoran ni, nama dia SinarRio Cafe. Alih alih pagi ni mama gi sana nak breakfast, namanya dah tukar jadi Asyik Selera Kopitiam. Lorr....dah tukar management baru lagik????

Konsep restoran ni masih lagi kopitiam. Tapi makanannya lebih bervariasi. Untuk breakfast ada pelbagai makanan melayu. Bukan setakat roti n mee kari jer. So far pagi tadi tengok ramai gak la. Starting hari ni ada promotion untuk drinks..teh o, kopi o n kordial drinks..jadi la..jimat seringgit dua.

Mama makan lontong dengan sambal paru. Kuah lontong tu pedas skit. Tapi sambal parunya sedap...lembut.

Pinggan papa dah kosong..lupa nak snap food papa. Papa makan nasi lemak dengan rendang hati lembu. Sedapla kot kalau tengok tahap kelicinan pinggan papa tu.

Untuk drinks, papa minum nescafe tarik. Teh tarik tu mama punya. Teh tariknya gelas besar, memang tak habis mama minum. Pastu dia letak dalam gelas, susah mak nak pegang sebab panas nak oi...

Total breakfast kami makan pagi ni adalah RM15...quite mahal jugak. Maybe sebab kedai dia eksklusif skit banding kedai-kedai lain kat area ni. Pastu minuman dia gelas besar..so harga double banding biasa.

No comments:

Post a Comment