Sebelah Hollywood, Zon Madagascar la pulak. Zon ni berdasarkan kepada cerita kartun Madagascar tu. Apa yang menarik kat sini adalah King Julien's Beach Party-Go-Round, Madagascar : A Crate Adventure dan Madagascar Boogie.
King Julien's Beach Party-Go-Round. Macam merry go round la. Konon-konon kat sini King Julien adakan party untuk meraikan kawan-kawan diorang dari New York iaitu Alex the lion, Marty the Zebra, Gloria the hippo dan Melman the giraffe.
Jom kita ikut depa berparty. Carousel ni bukan untuk kanak-kanak jer. Orang dewasa pun boleh main sekali. Duduk atas binatang-binatang tu semua.
Hadif dapat seat monyet ke apa entah. Mula-mula naik memang menangis. Sebab takut tengok karakter binatang yang besar-besar.
Terpaksalah papa berdiri kat sebelah. Tangan satu pegang papa, satu pegang tiang. Padahal time ni tak pusing pun lagi. Mama nak suh papa jadi fotografer pun tak dapat.
Hazim plak dapat seat kapten kapal. Hazim ok jer..xde plak nak takut-takut. Tapi gambar plak tak clear. Sayang betul.
Kenmain enjoy lagi Hazim bila dah berpusing. Muka berpeluh-peluh xyah cakap la..sebab panas gila. Sesapa yang nak datang sini pakai la baju yang selesa, better kain cotton.
Pastu kami ke Madagascar : A Crate Adventure. Kat sini kena naik bot mengembara ke dunia hutan madagascar ditemani Alex, Marty, Melman dan Gloria.
Jom kita mulakan pelayaran ke dunia gelap gelita madagascar
Si kembar pada mulanya terkejut sebab bot tiba-tiba masuk dalam kawasan gelap. Pastu ada plak suara-suara yang dok menjerit, menyanyi, bercakap..
Masuk-masuk jer ada box nak jatuh dari atas..scary
Turn back...kawasan merbahaya di depan
Help...somebody's bite my vontot
Crocodile hunters
Alex the lion
Monyets
King of the jungle dah terperangkap
Chef-chef tengah ready nak memasak.
Penghuni hutan
Thank you freaks. Setelah melalui pelbagai halangan dan jumpa pelbagai binatang, akhirnya kami berjaya menamatkan pengembaraan di Madagascar : A Crate Adventure.
After pelayaran yang memeranjatkan, kami take 5 sambil minum slurpee. Fuhh..sejuk mengalir dalam tekak. Pasni kami nak teruskan perjalanan ke Zon Far Far Away plak.
No comments:
Post a Comment