Tengah kami dok lepak-lepak amik angin petang, keluarga pengantin lelaki datang antar sebakul buah durian. Bestkan orang ada kebun ni. Langkah kanan kami datang Rengit.
Apalagi, kaum kerabat papa yang memang hantu durian ni teruslah continue kenduri durian plak. Dapat makan durian kampung, fresh n free. Sila abaikan pemandangan kat belakang tu, perut abang ipar mama yang seksis..
Papa orang yang paling happy bila sebut pasal durian ni. Papa memang hantu durian la senang cita. Papa mulanya nak melelapkan mata terus tak jadi tidur. Kuat betul penangan durian ni.
Sib baiklah si kembar berdua tengah tidur, dapatlah kami menikmati durian dengan aman. Mama ni bukanlah suka gila makan durian, tapi kalau dah ada depan mata jamahlah jugak 3,4 ulas.
Mama kureng suka makan durian gitu jer. Mama lebih suka makan durian dengan pulut santan. Waaa..dah lama tak makan pulut durian. Balik kampung tak kena dengan musim durian.
Memang cantik isi durian ni. Hmm..dahlah cuaca panas. Kat kenduri tadi bantai makan daging kambing. La ni plak makan durian. Jangan xleh tidur malam ni sudahlah.
Lepas makan durian masing-masing keluar cari air badak kat pekan Rengit untuk menyejukkan badan. Pastu kami ada singgah kat farmasi nak beli susu Rayyans. Kat situ ada buat blood pressure test. Haa koo...pressure mama 144/80...mencanak naik. Normal pressure mama adalah 130/70.
No comments:
Post a Comment