Selepas lunch kat Nasi Ayam Penyet Best, kami terus balik. On da way balik, hero dua-dua terlentok dalam kereta sampailah ke rumah. Penat sangat dok berlari-lari dalam Giant tadi. Bila anak-anak tido, papa pun amiklah kesempatan melelapkan mata jugak. Mama jer yang susah nak tidur siang. Nak tengok tv, cerita ntah apa-apa. So masuklah dapur godek-godek masak cucur ikan bilis. 3 hero tu nanti bila bangun sure lapar.
Bahan - bahan :
1 genggam ikan bilis
1 cawan tepung gandum
1 genggam ikan bilis
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
1 pokok daun bawang di potongGaram
Gula
Air
Minyak untuk menggoreng
Cara - cara :
Campur semua bahan dan masukkan air.
Perasakan dengan garam dan secubit gula.
Goreng dalam minyak yang panas.
Apabila gorengan telah mengeras, kecilkan api. Pecahkan-pecahkan cucur dan goreng hingga perang keemasan.
Mama hidangkan cucur ikan bilis dengan sos cili dan mayonis. Anak-anak makan cicah mayonis jer.
Bangun tidur, terus mengadap makanan. Mainan baru tu tak lepas dari tangan. Tidur pun peluk motor tu.
Tangan kasi peace kat kamera tapi mata menjeling cucur. Hadif ni memang kaki makan yang tegar.
Nak buat peace tapi dah jadi high-5 dah.
No comments:
Post a Comment