Masa gi kenduri kat Rengit wiken lepas, dapatlah buah tangan 2,3 biji durian. Papa dah siap-siap kopek isi simpan dalam peti sejuk. Tak lalu la plak mama nak makan gitu jer. So buatlah kuah durian ni cicah dengan roti.
Bahan - bahan :
10 ulas durian
1/2 cawan sagu
7 sudu gula
1 kotak santan
Secubit garam
Esen vanilla (ganti daun pandan)
Cara - cara :
Rebus sagu dengan 2 cawan air sehingga separuh masak.
Masukkan santan, gula, garam dan esen vanilla.
Biarkan mendidih barulah dimasukkan isi durian.
Masak hingga sedikit pekat dan bolehlah dimatikan api dapur.
No comments:
Post a Comment