Pagi ni kami memenuhi jemputan majlis pertunangan Aima. Aima ni adalah sepupu kepada abang ipar mama iaitu abang mie. Majlisnya start pukul 10 pagi. Jadi haruslah pagi ni bersiap awal coz majlisnya kat Cheras. Papa tak biasa jalan kat Cheras. Tapi nasib baiklah kami tak sesat. Sampai-sampai ngam dengan rombongan lelaki.
Dayang-dayang sebelah perempuan menjemput rombongan lelaki. Set hantaran dari pihak lelaki bertemakan kaler pink.
Semasa upacara perbincangan diadakan, kami tak masuk dalam rumah. Kami dok lepak bawah khemah sambil memenuhkan perut. Memang sengaja tak nak masuk rumah sebab takut si kembar mengganggu perjalanan majlis.
After selesai upacara perbincangan baru lah kami masuk rumah untuk sesi pergambaran. Haruslah, ni aktiviti wajib di setiap majlis yer. Pelamin ni adalah hasil ciptaan ibu pengantin perempuan sendiri.
Hantaran untuk lelaki dari pihak perempuan bertemakan kaler biru.
Kat atas ni gambar keluarga sebelah perempuan. Tema majlis pertunangan aima adalah kaler putih.
Kami dengan bakal pengantin perempuan.
Bakal pengantin perempuan with keluarga Abang mie. Time ni abg mie n kak dah tak sampai lagi sebab abg mie bekerja.
Kaum kerabat
Di mana-mana ada muka mamat dua orang ni
Sukanya Hazim di apik oleh 2 aweks.
Mama pun nak jugak bergambar ngan Aima
Mama, papa, Hazim dan Hadif
3 generasi. Paling kanan adalah nenek abang mie.
4 generasi. Generasi keempat cuma Hazim dan Hadif. Iqi (paling kiri) dan Iwan (paling kanan) dikira generasi ketiga lagi.
Selesai upacara pertunangan kami tak tunggu lama. 2 petang kami bertolak balik ke puncak alam. Mek tak ikut kami balik sebab tunggu kak dah datang kenduri petang nanti.
No comments:
Post a Comment