Zon terakhir dan merupakan zon yang paling besar adalah Lost World. Lost World terbahagi kepada dua iaitu Jurassic Park dan Water World.
Apa yang menarik kat sini adalah Amber Rock Climb, Canopy Flyer, Dino-Soarin, Jurassic Park Rapids Adventure dan WaterWorld.
Sebelum explore game-game yang ada dalam Lost World ni, haruslah bergambar dengan dinosaur -dinosaur yang ada kat sini dulu.
Besarnya telur dia
Jom kita ke Jurassic Park
Jurassic Park Rapids Adventure. Penat beratur kat sini, tapi rupanya budak-budak xleh masuk. Game ni merupakan outdoor river rafting. Hmmm..patutlah budak-budak xleh naik.
Pastu kami ke Dino-Soarin...kena naik atas belakang dinosaur yang dipanggil Pteranodons, kemudian terbang tinggi-tinggi. The boys memang suka sangat game ni.
Kat Water World kami tak masuk pun sebab budak-budak memang xleh masuk. Plus kami tak bawa baju hujan. Kat sini gamenya kena berbasah-basahan skit. Pastu kat Lost World ni tak banyak gambar anak-anak sebab diorang takut tengok patung binatang yang besar-besar. Lagipun diorang dah kepenatan seharian berjalan kat dalam USS ni. Bukan kata diorang, mama n papa pun kepenatan gak. After pusing dalam Lost World ni, kami terus patah balik, keluar dari USS untuk ke Muzium plak.
No comments:
Post a Comment