Untuk ayah kesayangan, kak ucapkan selamat hari bapa. Terima kasih kerana mendidik, menjaga dan membesarkan kak menjadi seorang manusia yang berguna. Walaupun tika saat kak dilahirkan, ayah tiada di sisi mek. Tapi kak tahu, itulah pengorbanan seorang ayah. Berkorban demi mencari rezeki untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan memberi keselesaan dan kesenangan kepada anak-anak dan isteri.
Walaupun ayah jenis pendiam, tidak banyak bercakap, ketahuilah kak amat menyayangi ayah sepenuh jiwa raga. Kak bersyukur kerana kak mempunyai ayah yang lemah lembut, garang jauh sekali. Seumur hidup kak tak pernah lagi disakiti hafta dicubit walau sekali. Terima kasih ayah kerana bersabar dengan kerenah kami selama ni. Insyaallah segala pengorbanan ayah selama ni kak akan ingat dan hargai hingga ke hujung nyawa kak.
Untuk papa, terima kasih kerana menjadi papa yang sempurna untuk anak-anak kita. Tanpa papa, mama hilang sebelah kaki. Papa banyak guide mama dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita. Banyak dugaan yang kita tempuh sepanjang melayari bahtera rumahtangga. Semoga ketabahan dan kesabaran makin tebal dalam hati dan semoga kebahagiaan kita sekeluarga berkekalan selamanya.
Terima kasih untuk lelaki-lelaki yang amat bermakna dalam hatiku.
No comments:
Post a Comment