Saturday, June 2, 2012

MSuite Hotel

Selepas lunch, kalau ikutkan plan asal, sepatutnya kami solat di masjid sultan abu bakar. Tapi disebabkan masing-masing dah kepenatan, kami request untuk terus check in.

Selama 3 hari 2 malam family day tahun ni, kami akan menginap di M Suite Hotel yang terletak di jalan skudai. Berdekatan dengan Danga Bay. Kat depan hotel ni actually facing laut. Tapi sayangnya laut di hadang oleh pagar zink disebabkan kerja-kerja penambakan laut.

Sementara urusan check in disetelkan oleh tour leader, Mr Aron, kami semua proceed dengan aktiviti wajib, berposing sampai lebam. Hahaha.

Ahli rombongan bergambar beramai-ramai. Tapi sayangnya En Zul sekeluarga belum sampai time ni. Tak lengkap jugak gambar ahli keluarga HRrunding.

Ini plak gambar keluarga Hamzah. Susah betul nak amik gambar Rayyans sekarang. Nak kena dukung, kalau letak bawah sekejap jer berlari sana sini.

My adorable twin, yang teramatlah nakal sekarang ni. The two memang seronok sangat nak bercuti, especially bab naik bas. Entah kenapalah diorang seronok sangat naik bas.

Twin pots..amat berkenan dengan hiasan kat meja reception ni. Sib baik tak muat beg..kalau tak dah kidnap masuk handbag.

Bilik penginapan kami...202. Kami dapat bilik studio suite yang ada 3 katil single.


Buka pintu bilik, terus jumpa mini bar ni...tapi xleh nak masak sebab dapur takde. Kelengkapan asas seperti peti sejuk n cerek ada disediakan.


Seperti kat hotel-hotel lain, ada disediakan coffee n tea dan air mineral sebagai complimentary untuk guests. Air mineral tu amatlah berguna...kami bawa ke USS.


Berdepan dengan mini bar adalah sudut menonton. Rak tv yang besar memisahkan sudut menonton dengan tempat tidur. Tapi yang kureng skit, tv adalah jenis lama. Tak best nonton. Kalau dapat LCD lagi syok.


Pastu, for me, rak tv kat tengah-tengah tu membuatkan ruang jadi sempit. Susah si kembar nak berlari-lari kat dalam bilik. My opinion, kalau diketepikan ke dinding rak tv tu much better. Kalau nak kata rak tv kat tengah2 tu untuk elakkan menonton dari atas katil tak jugak. Coz tv tu boleh dipusingkan 360 darjah. End up kami menonton dari atas katil jugak.

Katil plak, 2 katil single dirapatkan. Pastu ada extra bed. Extra bed tu sangatlah tidak memuaskan hati coz besi-besinya dah tak kuat. Bila duduk kat hujung, terus jatuh ke bawah. End up, kami buka katil besi tu dan tidur kat atas lantai. For me, management hotel sepatutnya guna katil yang berkualiti sikit la. Tilam tu pun tilam biasa macam kat rumah jer.

Yang bestnya, bilik air ada bath tub. Si kembar sukalah sangat dapat berendam kat sini. Yang tak bestnya, jamban takde paip air. Susahnya nak cuci pas poo poo. Call hotel mintak gayung, boleh gayung habis plak. Agaknya semua guest melayu mintak gayung. Overall, kira ok la coz kami bukannya dok kat bilik sepanjang masa. Balik bilik cuma untuk tidur jer. Then esoknya pagi-pagi lagi dah keluar.

No comments:

Post a Comment