Next we explore Far Far Away zone plak. Zone ni berdasarkan cerita Shrek dan Princess Fiona.
Nun di sana istana Far Far Away Kingdom
Rumah Shrek
Apa yang menarik kat Far Far Away adalah Show Shrek 4D Adventure, Show Donkey Live, Magic Potion Spin, Enchanted Airways dan jumpa karakter Shrek, Princess Fiona dan Puss.
Shrek 4D Adventure. Tayangan cerita 4D, Shrek cuba menyelamatkan Princess Fiona. Segala yang berunsurkan wayang ni mama tak dapat nak tengok sebab anak takut gelap. Huhuhu.
Dalam Magic Potion Spin ni ada permainan indoor children ferris wheel...ala-ala Eye On Malaysia gitu.
Nun di sana landasan yang bewarna merah adalah Enchanted Airways iaitu junior roller coaster. Game ni ada had ketinggian. Yang pasti si kembar tak dapat main, makanya mama papa pun tak dapat naik.
Kalau nasib baik, terkebetulan berjumpa dengan watak watak shrek, princess fiona dan puss bolehla bergambar. Tapi kadang tak sempat pun sebab diorang ni berjalan dengan lajunya.
Semasa dok pusing-pusing kat Far Far Away ni, terjumpa ngan Wadi. Sempat lagi minta dia amik gambar kitorang sekeluarga untuk kenangan. Pasni kami nak terjah Zon Lost World plak.
No comments:
Post a Comment