La ni bukan setakat negeri2 di pantai timur jer yang berdepan dengan hujan dan banjir. Kat kl ni pun asyik hujan jer jugak. Puncak alam yang susah nak hujan pun boleh kata setiap hari hujan sekarang ni.
Alhamdulillah, kat sini tak seteruk bencana banjir di kelantan. Tak dapat nak bayangkan macam mana nasib dan keadaan mangsa banjir kat sana. Mama jugak x lena tidur bila mengenangkan nenek dan tok ayah kat kelantan. Setakat ni kampung mama masih terselamat dari banjir. Doa2 semoga banjir tak melanda.
Bila wet season ni masalah utama adalah kain baju tak kering. Bila basuh baju takde tempat nak menjemur. So solution nya gi kedai dobi jer. Kat puncak alam ni ada kedai dobi layan diri Pink Fresh. Lepas basuh baju kat rumah, angkut datang sini untuk dikeringkan
Untuk wash ada 2 pilihan samada 7kg (rm3.50) atau 10kg (rm4.00). Untuk dryer plak samada 10kg (rm3.50) dan 14kg (rm4.00). So better kumpul banyak2 boleh guna yang 14kg terus. Lagi jimat berganda2.
Setiap basuhan atau pengeringan makan masa 35 minit. Naik bosan gak la menunggu siap. Nak hilangkan bosan, bawakla si bulat ni meneman. Dok layan kerenah dia masa 35 minit tu terasa kejap jer.
No comments:
Post a Comment