Pak da sekeluarga dah seminggu balik kampung. Harini depa sekeluarga dah nak balik johor. Tak sempat rayyans nak bermesra lama2 ngan sepupu diorang ni.
Lagi 2 hari birthday danish aiman yang ke 8. Masa kat jb lagi dah dok menyebut nak celebrate birthday dengan si kembar kat kampung.
Terpaksala papanya turutkan aje permintaan anak laki sorang ni. Bila kami sampai jer kat kampung terus gi beli kek nak celebrate.
Celebrate dengan kek coklat indulgence secret recipe dan kfc. Penuh umah nenek dengan anak cucu. Ni baru 2 family yang balik.
Naik semput poksu mat melayan kerenah anak2 sedara. Kalau semua anak cucu balik memang riuh rendah umah.
Kusyuk menengok ikan laga yang poksu tangkap kat belakang rumah. Ikan laga ni kami panggil ikan skarin. Kalau musim2 banjir ni memang banyak sangatla.
Masa mama kecik2 dulu selalu la tangkap ikan ni kat belakang rumah. Selalunya kat tempat ada ikan ni akan ada buih2. Just kaup jer ngan tangan ada la ikannya.
Ikan laga ni cantik tau. Ada warna biru, hijau, merah, ungu.. pastu masa tengah berlaga tu ekor dia akan kembang. Kagum2 budak2 ni nengok.
Tapi ni bukan setakat budak2 jer yang kagum, papanya pun join sekaki. Maklumlah tak pernah tengok sebelum ni.
No comments:
Post a Comment