Si kembar ke setia city mall mengikut ciknik yang nak ke kaison cari wallpaper. Tetiba mama dapat idea nak surprisedkan diorang kat sana.
Senyap2 mama, papa n hafiy menyusul ke scm. Kami gerak pas asar. Tunggu matahari redup sikit nak lepak kat padang scm. Petang2 happening kat sini. Ramai sangat orang beriadah.
First time bawa hafiy kat tempat open camni. Jakun anak mak mata melilau tengok orang ramai main belon.
Bila mama suh dongak tengok layang2 sampai terbaring atas riba papa. Member tak reti nak dongak angkat kepala lagi.
Hafiy kan belum boleh jalan lagi. Saja mama bagi dia catwalk atas rumput tanpa selipar. Biar rasa kat tapak kaki. Harap2 pasni cepat boleh jalan.
Puas melepak kat padang kami masuk kat dalam mall nak cari abang kembar. Rupanya diorang dah keluar, on da way balik umah dah pun. Hurm.. tak menjadi plan mama nak surprisekan diorang.
Dah alang2 masuk, kami cuci mata la dulu. Dalam mall ada decoration sempena chinese new year. Ada patung monyet. Tahun ni kan tahun monyet.
Kebetulan mama pun lahir tahun monyet jika dikira ikut kalendar cina. Lahir jer tahun monyet tapi perangai tak sama dengan monyet ya.
No comments:
Post a Comment