Sunday, March 22, 2015

Majlis Bertandang

Last month dah berlangsung majlis akad nikah angah. Hari ni majlis bertandang sebelah keluarga pengantin lelaki kat ipoh pula.


Kami ke ipoh balik hari jer. Mula tu ingat nak gerak awal dan stay kat hotel tapi bila fikirkan hafiy takut meragam terus kensel plan.

Kami gerak seawal 7 pagi. Walaupun ipoh tu dekat jer, kami risau jalan jem. Maklumlah dah penghujung cuti sekolah. Takut ramai yang travel balik ke utara.

Alhamdulillah trafik clear jer sepanjang jalan. Hafiy pun takde nak meragam. Tidur jer kat dalam kereta. Bangun bila nak susu dan berak. Abang2 plak biasalah dok mengacau tilah dalam kereta.

Sampai kat ipoh pukul 11 pagi. Kami terus ke rumah pengantin sementara tunggu nak berarak masuk dewan pukul 1 tengahari. Keluarga pengantin semua dah berada kat dewan.

Angah ni jenis simple n sempoi orangnya. Dia tak nak majlis sanding2. Just ada makan beradap jer. Tema majlis kat belah hafiz kaler merah.


Pastu ada acara potong kek. Kat dalam tu kalau tak silap kek secret recipe. Berlainan perisa tiga2 kek tu.

Lepas makan kami lepak2 jer kat dewan sambil beramah mesra dengan pihak pengantin lelaki. Si kembar lak sibuk lari sana sini.

Beria nak tulis ucapan untuk si kakak kat dalam guest book. Padahal tulis nama sendiri jer pong. Itu jer yang diorang pandai eja setakat ni.

Cuaca panas betul waktu ni. Si kembar plak sesekali lepas bebas asyikla dok berlari bawah panas. Risau jer takut diorang demam.

Mujurla ada tilah yang tengokkan si kembar. Mama yang baru habis pantang tak terkejar rasanya. 

Pukul 3 petang kami gerak balik ke kl. Tak boleh nak stay lama2 takut jalan jem. Maklumlah hari ni hari terakhir cuti sekolah. Sure ramai yang berpusu2 balik ke tempat mencari rezeki.

No comments:

Post a Comment