Cuti sekolah dah start. Tapi mama takde plan pun nak bawa rayyans bercuti ke mana2. Hafta balik kampung pun tidak. Kesian atuk n nenek tak berpeluang tengok rayhan lagi.
Kesian adik2 melangut jer kat umah, tilah bawak gi karnival warna warni kat sekolah seksyen 7 shah alam. Macam2 aktiviti ada kat sana.
Tujuan utama nak tengok karektor upin ipin. Tapi bila sampai sana dimaklumkan upin ipin dibatalkan. Frust 'upin ipin' tiruan ni.
Nasib baiklah ada aktiviti lain. Tak dapat tengok upin ipin, dapat tengok arnab pun jadi.
Hadif dah hilang sifat penggeli. Dah berani pegang2 arnab. Pastu dah berani berinteraksi dengan orang lain. Kalau tak dulu malu2 bila ada orang tegur.
Kuda pun ada. Bangga mama ngan rayyans. Semua benda berani dicuba sekarang. Kalau dulu takdenya berani nak naik kuda. Mau drama air mata dulu.
No comments:
Post a Comment