Anak2 teruna kat rumah ni sukalah sangat memasak. Pantang hari cuti asyik ajak mama masak kuih. Mama dah la sibuk dengan anak kecik.
Tetiba nampak iklan tepung segera untuk choc moist cake kat group puncak alam. Sedang elok sangatlah kan. Tepung kek coklat keluaran mieja's delight ni berharga rm15 jer.
Dalam pek ni ada tepung untuk kek serta bahan2 topping coklat dan rainbow rice untuk hiasan.
Selain tepung segera ni mama cuma perlu sediakan 3 biji telur, 1 cawan susu pekat, 1 cawan minyak masak dan 1 cawan air panas.
Mula2 pukul telur dengan whisk hingga berbuih. Mama guna telur ayam kampung. Stok telur ayam bandar takde plak kat rumah. Tak kisah la kampung ke bandar, janji tetap telur.
Pastu masukkan 1 cawan susu pekat. Kacau sebati. Next time kena kurangkan susu sebab terlebih manis rasanya.
Seterusnya masukkan 1 cawan minyak masak. Kalau nak pakai mentega yang dicairkan pun boleh.
Masukkan 1 cawan air panas. Mama sukat air guna scoop putih macam gambar kat atas ya bukan guna cawan pink ni.
Last sekali masukkan tepung dan gaul sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul ketul.
Kemudian tuang dalam loyang yang telah disapu dengan butter. Bakar selama 45 minit pada suhu 170°C. Kalau nak kukus pun boleh jugak. Bila kek dah masak, biarkan sejuk seketika.
Untuk topping pula, campurkan serbuk topping, setengah cawan susu pekat dan setengah cawan minyak masak.
Panaskan di atas api sederhana hingga likat. Biarkan sejuk sekejap then tuang atas kek. Hiaskan kek dengan coklat n rainbow rice. Pastu kek ready untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment