Yeay hari ni hari ke 44 pantang. Perasaan happy sebab habis pantang tapi sedih sebab cuti dah nak habis. Bestnya kalau dapat cuti lama2. Bleh gi jalan2. Dah lama rasanya tak gi bercuti.
Kalau ikutkan tahun ni memang ada plan nak pergi legoland. Asalnya nak pergi tahun lepas. Tapi mikirkan rayyans baru umur 5 tahun takut tak pandai nak main lagi so postpone ke tahun ni. Tetiba tahun ni mama bersalin plak. Dah ada anak kecik macam leceh nak pergi taman tema.
Casa del rio, melaka. Macam best jer dok hotel tepi sungai. Siang malam bleh tengok river cruise. Pastu leh tengok lampu berwarna warni sepanjang sungai ni.
Avillion admiral cove, port dickson. Teringin nak dok lepak2 kat kerusi bulat tepi laut ni sambil tengok sunset. Baru nak fefeling ongkaya anak menangis. Camna nak menghayati sunset dengan anak kecik cik kak oi. Pang sebiji kang.
The banjaran hotsprings retreat, ipoh. Dok sini memang best. Dikelilingi bukit bukau dan kehijauan. Tenang jer rasa. Ada anak kecik sesuai datang sini. Dok jer lepak dalam resort tak yah keluar2.
Philea resort and spa, melaka. Tempat ni ala ala banjaran tu gak. Konsep kehijauan ala kampung. Kalau bercuti untuk relax2 tenang2 sesuai sangatlah. Mama rasa percutian macam ni yang mama nak. Tak perlu rushing nak ke mana2. Just habiskan masa kat dalam resort jer.
Cyberview lodge resort, cyberjaya. Kalau rasa agak malas nak drive jauh2 dengan tantrum 3 hero kat dalam kereta, mama rasa this is the best place. Suasana hijau yang mendamaikan. Ada pool budak2 nak berendam. Plus extra point sebab dekat.
Mama punya top priority setakat ni adalah pullman putrajaya. Of course sebab dekat. Pastu hotel dia macam cantik jer. Ada plak pantai man made tu. Anak2 mesti suka.
Ni la keje orang pantang. Dok search tempat2 best. Saiko sebab lama tak bercuti. Kita berangan jer la dulu. Banyak tempat yang mama teringin nak pergi. Bajet cukup nanti boleh la merealisasikan mimpi2 mama ni.
No comments:
Post a Comment