Alhamdulillah rezeki susu hafiy semakin bertambah. Mama dah dapat kumpulkan stok. Dalam sehari dapat satu paket yang dijadikan stok. Selebihnya untuk hafiy minum.
Peti ais pun dah makin penuh. Tak lama lagi bahagian ikan tu bakal dipenuhi dengan stok susu jugak. Nampak gaya mama kena cari deep freezer. Kalau tidak susah nak simpan stok bahan masak.
Selain susu anmum dan umma lacto yang mama amalkan sebagai milk booster, mama juga ada minum ephyra. Ephyra ni mama minum dah lama, since sebelum mengandung.
After few months minum ephyra, mama pregnant n stop minum. Risau takut ada kesan sampingan sebab mama ada kencing manis semasa mengandung.
Then, masa pantang mama ada terbaca kat blog vanilla pink yang ephyra ni elok untuk ibu2 dalam pantang. Salah satu khasiat ephyra adalah dapat menambahkan susu badan. So, mama continue balik minum ephyra.
Tak cukup dengan tu, tilah plak belikan esp shaklee untuk mama. Thanks tilah sebab bagi sokongan penuh untuk mama menyusukan adik hafiy. Dia banyak tolong mama jaga hafiy bila mama pam susu.
So far yang mama perasan, lepas minum shaklee, kuantiti perahan susu masih sama cuma susu tu makin pekat. Harap2 usaha mama yang sekelumit ni dapat memberikan susu yang berzat dan mencukupi untuk mengenyangkan perut hafiy.
No comments:
Post a Comment