Tuesday, October 16, 2012

Welcome Aleesya Damia

Pagi sabtu weols satu ofis dah set plan nak lawat Mas n anaknya, Aleesya Damia yang lahir pada 3 Oktober lepas kat Hospital Sg Buloh. Setakat ni baby HRRunding yang lahir adalah selang bunga. Started dengan mama dapat Rayyans, pastu mama jue dapat Mawar Qhalisya, then aunty Tasya dapat Afif Fahri, so now the latest edition is Aleesya Damia. Who's be the next? Adakah akan dapat baby boy?

Memperkenalkan, beautiful princess Aleesya Damia. Comel sangat. Putih gebu. Geram mama tengok. Ni yang buat hati tak sabar nak timang anak perempuan plak. Insyaallah ada rezeki...dapat Ranias plak after Rayyans.

Akhirnya setelah seminggu Damia lahir, barulah aunties dapat kesempatan menziarah. Itupun meredah hujan lebat untuk ke Serendah. Pastu tak jumpa cari rumah plak kat mana. Terpaksa husband Mas jemput kitorang kat tepi jalan.

Us, with spouse and kids. Terima kasih kepada tuan rumah yang melayan kami dengan amat baik. Kenyang kami datang sini. Macam-macam dijamu kami..ada mihun goreng, jemput-jemput yang sedap gila vavies, keropok cikedis (ni orang kelantan tau la macam mana rupanya), kacang dan nescafe panas. Memang laju jer kami makan ketika cuaca hujan dan sejuk ni.

Our gift for Damia. Harap-harap Damia suka dan semoga hadiah ni dapat memberikan jasa untuk Damia. Mama neeja doakan semoga Damia membesar dengan sempurna dan menggembirakan hati kedua ibu bapa.

2 comments:

  1. comel gilaaa! nih yang aku jumpa masa seminar innovyze tuh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah ah sha...ni anak mas tu la. comel kan? geram aku tengok. Bila la kita nak dapat anak pompuan gak nih...

      Delete