Thursday, October 4, 2012

Assalamualaikum

Lamanya mama tak mengupdate blog. Lepas raya ni tuntutan kerja kat ofis agak sibuk. Mood nak mengarang kelaut jer. Tapi setiap hari mama tetap berblogwalking bila ada masa terluang. Cuma nak menaip kat blog sendiri jer ketandusan idea.

Mood kat ofis sekarang tak berapa nak ceria. Geng gaduh makin berkurang. Mas tengah cuti berpantang. Semalam Mas dah selamat melahirkan baby girl. Tak sabar nak tengok baby baru HRrunding. Pastu Ina plak dah berhenti kerja. Sunyi ofis ni bila tak cukup korum. Tapi, takpelah, Ina leaving for good. Semoga Ina berjaya di tempat baru nanti.

Tambah-tambah permulaan bulan oktober ni mama plak terkena jangkitan cherry berry. Sampai mc selama 2 hari. Hmmmm...tak tau macam mana boleh tercherry berry plak. Nak kata salah makan, kami makan kat rumah jer. Bukan makan kat luar pun. Papa n Rayyans takde plak terkena cherry berry. Mama sorang jer :(

Setakat cherry tu mama boleh tahan lagi, tapi tang sakit perut tu yang tak sanggup. Sakit dia rasa macam sakit masa mama kena penyakit kuning, 2 tahun lepas. Memang risau juga, takut-takut penyakit lama menyerang. Risau kot-kot hati mama ni ada masalah macam dulu lagi. Dalam hati ni tak putus berdoa agar peristiwa lama tidak berulang kembali. Tapi so far, sakit perut tu dah hilang. Harap-harap mama diberi kesihatan yang lebih baik selepas ni.

2 comments:

  1. xpe nanti berganti la tempat saya tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah tahun bila la nak ada pengganti ko tu...mencarinya pun idak...

      Delete