Cepatnya masa berlalu. Esok dah jumaat pastu jumpa wiken balik. Tak sabar menunggu wiken. Nak spend time sepenuhnya dengan anak-anak. Sekarang ni Rayyans dah faham yang setiap pagi mama n papa keluar pergi kerja. Tapi sometimes terpacul gak dari mulut diorang 'mama tak payahlah kerja'. Duhai anak, kalau ikut hati memang mama tak nak kerja. Mama nak jer dok rumah, habiskan masa seharian dengan korang. Mama faham, sekarang masa mama agak terhad. Setiap malam cuma ada 3 jam jer masa mama dengan Rayyans, sebelum masing-masing tutup mata untuk tidur.
Wiken cuma ada 2 hari. Dalam masa 2 hari nilah mama cuba sedaya upaya mungkin untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan Rayyans. Bila wiken menjenguk, perkara pertama mama fikir adalah menu apa untuk breakfast bagi anak-anak kenyang. Rayyans ni kalau perut lapar jawabnya sepanjang hari la diorang akan meragam.
Masak puding roti pun bagus jugak. Makan dengan vanilla sos. Pastu pekena nescafe panas. Hummm...nikmatnya dapat makan semeja dengan ahli keluarga.
Disertakan dengan telur half cooked.
Laki makan tak toleh kiri kanan.
Sesekali breakfast western style pun menarik jugak. Lari dari kebiasaan nasi lemak, mee goreng, mihun goreng...yang penting lengkap semua zat-zat makanan yang diperlukan. Mana satu pilihan hati? Tepuk dada tanya selera. Dan yang penting tanya tukang masak nak masak apa...
No comments:
Post a Comment