Dah berjanggut lepas raya baru nak update cerita raya. Biasalah kat kampung bz memanjang, tak sempat nak jenguk blog. Dapat buka FB pun kira cukup baik dah. Persiapan untuk raya ala kadar jer tahun ni, tapi lebih kepada persiapan untuk kenduri kahwin ciknik.
Pagi raya kami cuma makan mihun goreng
jer...daaa....kat kampung pun mihun goreng gak. Plan asalnya nak buat
nasi dagang, tapi boleh plak ikan tongkol kat tok bali tu habis. Terus
kensel plan nak buat nasi dagang.
Baju
raya pun pakai jer mana yang ada. Takde beli baju baru pun. Baju baru
cuma untuk wedding ciknik jer. Potrait keluarga pun takde. Walhal pagi ni yang takde cuma cikla sekeluarga jer. Maybe itulah penyebab takde gambar ramai-ramai, sebabnya fotographer takde. Selalunya Nasir yang suka amik gambar ni.
Raya haji kali ni tak terasa sangat sebab tumpuan kami terarah ke persiapan kahwin ciknik. Pastu raya pertama kami tak buat korban. Raya kedua jer baru kami buat korban. Selepas sembahyang raya kami terus shoot beraya ke rumah atuk nenek dan mak pak sedara. Time yang ada untuk beraya cuma belah pagi jer coz belah petang kami akan sibuk potong bawang segala untuk kenduri esok.
Tengahari kami dapat jemputan lunch dari jiran sebelah rumah. Makan nasi dengan tulang singgang dan daging goreng. This is heaven. Singgang tulang adalah menu wajib kat sini. Kalau sup tu kurengg skitla.
Laki ai adalah peminat tegar singgang tulang ni. Dulu dia tak reti pun makan singgang. Yang dia tau cuma sup jer. Tapi sejak 4 tahun kahwin ngan orang kelantan ni, slowly dah jadi peminat singgang tulang.
Of courselah mama orang yang bertanggungjawab mengajar papa makan singgang tulang ni. Licin pinggan mak jemah makan. Tapi kali ni makan nasi tak bertambah. Save perut sebab pasni nak ke rumah depan plak....pun jemputan makan nasi. Gila betul......asyik makan jer....
No comments:
Post a Comment