Sementara kaum lelaki dok sibuk menguruskan hal lembu korban dan masak memasak, kami kaum-kaum ibu sibuk bersiap untuk ke majlis akad nikah. Akad nikah buat kat masjid dijadualkan pukul 11 pagi. Jadi pagi ni memang agak kelam kabut sedikit la. Ada yang bertanya, kenapa tak buat akad nikah malam tadi. Dah empunya badan taknak...malas nak tukar-tukar baju dan mekap banyak kali katanya. Bila akad nikah hari ni terus sekali harung dengan sanding (walaupun takde la sanding sangat).
Bila semua dah siap, cepat-cepat kami berangkat ke masjid. Risau takut imam yang nak nikahkan ciknik marah nanti kalau kami lengah-lengahkan masa. Masjid ni la tempat mama n cikla kahwin dulu.
Kalau ada yang perasan, rombongan ni hanyalah sebelah pihak kami sahaja. Keluarga sebelah pengantin lelaki tak dapat nak datang. Kami faham situasi Iskandar. Keluarganya nun jauh di Sabah.
Sebenarnya Iskandar adalah saudara baru, baru 3 tahun memeluk Islam. Keluarganya berketurunan dusun dan menetap di Keningau. Selain Iskandar, lagi 3 orang adik beradik dia dah memeluk Islam. Tapi kesemuanya menetap di Sabah. Cuma Iskandar seorang sahaja yang tersesat ke Semenanjung ni. Semenjak dia memeluk Islam, mek jadikana Iskandar sebagai anak angkat.
Memang diakui, cinta mereka berdua mendapat halangan pada mulanya. Tapi siapalah kita untuk menidakkan takdir dan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah. Setelah 2 tahun menyulam cinta, akhirnya mereka disatukan atas ikatan suami isteri. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah.
Untuk kali ketiga, ayah mewakilwalikan kat imam ni untuk menikahkan kami. Bermula tahun 2008 masa mama kahwin, 2011 cik la kahwin dan tahun ni giliran cik nik pula. Sampaikan bila nampak muka papa n nasir imam tu berseloroh "eh ni yang kita nikahkan dulu kan? Ramai menantu lelaki deme pak him". Pak him tu nama glemer tok ayah kat kampung. Selesai sudah tanggungjawab ayah mewalikan ketiga-tiga anak perempuan.
Sebelum mengakadkan, imam terlebih dulu akan bacakan tanggungjawab seorang suami, hal-hal berkaitan dengan rumahtangga. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Iskandar sah menjadi suami cik nik.
Selepas akad nikah, imam ada panggil Iskandar masuk bilik sulit. Rasanya imam tu bagi nasihat apa yang patut untuk Iskandar sebagai saudara baru. Puas kitorang cuba korek dari Iskandar apa yang imam tu cakap tapi nan hadolah dia nak bercerita kat kami yang kepoh ni.
Bila imam tu dah habis berbicara, menyampaikan segala amanat kat Iskandar, barulah boleh sarung cincin segala. Inai cik nik tu pakai inai segera yang dalam tiub tu jer. Merah gak.
Giliran si isteri menyarung cincin ke jari si suami pula.
Menyerahkan mas kahwin untuk isteri tercinta.
Newly married
Family potrait...before balik sambung berposing kat rumah pula.
tahniah utk pengantin...si kembar tu apehal sorg pegang hantaran..sorang menonggeng..adoi rayyans...rindunya aunty kat korang...
ReplyDeleteaunty tasya ni cm tak tau jer perangai si kembar ni. susah nau nak dok diam
Delete