Kami ke sana sempena birthday rayyans. Food choices takdelah banyak sangat tapi not bad la. Kenyang je aku n anak2 makan.
Ada section malay, chinese, indian and western food. Ada daging bakar, ayam bakar sos blackpepper, pelbagai jenis mee sup, desert n aiskrim.
First plate aku mestilah makan nasi. Mana boleh tak makan nasi kan. Aku suka ayam bakar blackpepper tu.
Pas plate ni amik ayam bakar ngan sos je ratah camtu. Pastu baru la ulang alik menu lain.
Ketam ni dia rebus je makan cicah sos. Fresh ketam ni. Makan camtu boleh rasa manis2 isi dia. Tapi aku makan sikit je sebab malas nak gigit.
Desert ni dapat kat dia je. Tapi boleh je amik yang lain. Diorang sentiasa top up makanan.
Penne carbobara tu sedap. Lemak2 berkrim rasanya. Hadif sampai dua kali ulang makan.
Mamat ni makan mengalahkan birthday boys. Sampai dua pinggan conquer untuk dia sorang.
Tak kisahla dik.. Janji awak makan. Comot2 pun mama tetap sayang. Ni tengah makan tembikai. Memang hafiy suka sangat tembikai.
3 beranak ni tak tau la brapa trip diorang ulang alik. Tapi puas hati la sebab anak2 makan sunguh2. Berbaloi2 mama keluarkan duit.
Buffet dinner ni habis pukul 10.30 malam tapi kami hanya stay sampai pukul 9. Perut dah tak mampu nak terima makanan plus anak2 pun dah mengantuk.
No comments:
Post a Comment