Lepas asar cuaca mula redup. Jadi papa bawa anak2 turun mandi kolam. Actually orang luar juga boleh datang mandi kat sini tapi kena bayar tiket masuk. Untuk tetamu yang menginap dekat hotel foc.
Kenmain seronok diorang 3 beradik dapat mandi kolam. Rasanya memang dah lama sangat mama tak bawa diorang mandi kolam sebab tak nak diorang selsema.
Kebiasaannya lepas mandi kolam diorang akan demam selsema. Maybe sebab tak tahan air sejuk ataupun terminum air klorin tu.
Ni pun tawakkal jer la. Harap2 diorang tak demam especially hafiy. Dia kalau demam lain macam sikit. Papa dah standby stok ubat setiap kali kami travel.
Si hadif ni entah macam mana dia tarik swimsuit dia sampai terkoyak. Nasib baik mama ada bawak seluar spare. Baju tu sepatutnya papa yang nak pakai.
Papa sorang jer yang turun kolam teman diorang mandi. Mama malas nak berbasah basahan. Mama just dok kat tepi kolam memerhati dari jauh je.
Tak lama lepas tu uncle hamidi datang kat kolam dan bagi diorang pakai safety jacket. Tersengih2 anak2 mama first time jumpa uncle hamidi.
Safety jacket ni disediakan oleh pihak resort untuk sewaan. Harga sewa pun murah jer. Tengkiu uncle sponsor safety jacket pula untuk kami.
Uncle hamidi ni kawan mama since form 1 lagi. Dah 25 tahun kami kenal. Jarang jumpa selepas habis sekolah tapi kami selalu berhubung dalam group wasap jer.
Dah pakai safety jacket ni konfiden la sikit nak lepas rayyans mandi sendiri. Papa cuma concentrate dekat hafiy. Tapi mama still memerhatikan diorang dari tepi kolam.
Hafiy pun acah2 berani nak berenang. Tak mau dah mandi dekat kolam yang cetek. Ikut abang2 pergi main dekat kolam yang dalam sikit. Barulah mencabar kelelakian.
Tengah2 syok mandi kolam tetiba berangin dan hujan turun. Guard yang jaga kolam terus tiup wisel tak bagi mandi takut terjadi apa2 yang tak diingini sebab ada kilat.
Ada budak muka frust sebab tak puas mandi lagi. Bila dengar mama pujuk cakap esok boleh mandi kolam lagi terus bersemangat balik. Safety jacket tu uncle bagi kami simpan untuk mandi esok pula.
Kat kolam ada gerai jualan. Sebelum balik ke bilik sempatlah anak2 mama menapau makanan. Biasalah kan lepas mandi mesti kelaparan. Nak tunggu keluar dinner mau berkeroncong perut.
No comments:
Post a Comment