Since opis dah pindah shah alam ni, makin panjanglah langkah cari port makan. Shah alam dah la banyak tempat2 makan yang best.
Kalau hari biasa merayap kat tempat dekat je. Bila jumaat jer boleh gi tempat jauh2 skit.
Lunch hari ni kat pak li kopitiam, seksyen 18. Kat dalam ole ole supermarket. Lama gila tak makan kat pakli. Sejak kerja kat kl memang tak pernah datang area sini dah.
Menu pilihan sejak dulu haruslah nasi ayam lemon. Ayam dia tu sedap sungguh.. Rangup2 rasa.
Pastu order gak roti bakar. Boleh plak aku salah order roti bakar peanut butter instead of nak order roti bakar kaya. Aku dah la tak berapa suka peanut butter. Terus potong selera nak makan.
Boleh plak terjumpa angah n hafiz tengah lunch kat sini. Masing2 dah kerja shah alam sekarang. Memang ada chance la nak tertembung.
No comments:
Post a Comment