Lepas menikmati manggo cheesecake yang sedap gila kat kula cakes, kami terus ke cherating. Tujuan ke cherating adalah untuk melawat pusat konservasi penyu.
Perjalanan dari kuantan ke cherating makan masa 45 minit. Jauh jugak rupanya. Mama ikut google maps jer.
Pusat konservasi penyu betul2 sebelah club med. Kami dapat tengok pintu club med jer la. Nak masuk dalam tak lepas sebab ada guard jaga.
Ramai juga pengunjung masa ni. Siap ada rombongan dengan bas. Pusat ni kecil je. Kat atas rumah kayu ni ada informasi pasal penyu. Nak naik kena buka kasut ya.
Masuk sini percuma jer. Cuma ada tabung yang disediakan sekiranya pengunjung ingin memberikan derma seikhlas hati untuk kegunaan penyu2 kat sini. Selain tu ada juga barang2 cenderahati yang dijual.
Kat dalam rumah banyak informasi pasal penyu dan hidupan laut yang lain. Sesapa rajin boleh la membaca untuk tambah ilmu pengetahuan.
Replika sebelah hadif ni menunjukkan lebih kurang kedalaman sebenar ibu penyu menggali pasir untuk bertelur. Kemudian telur2 tu akan dikambus dan ditinggalkan sehingga sampai masa untuk menetas.
Ni contoh macam mana anak2 penyu yang telah menetas kat dalam pasir akan naik ke permukaan seterusnya berenang ke laut demi meneruskan legasi spesis mereka.
Selain tu ada juga dipamerkan penyu2, batu karang serta hidupan laut yang telah diawet untuk tontonan pengunjung.
Dalam bekas kaca kat atas ni adalah dugong yang telah diawet. Teringat dulu kisah satu famili dekat johor yang terjumpa dugong terlekat dengan pukat. Then famili tu bela dugong tu umpama anak sendiri.
Tak silap mama kat sebelah pusat ni ada tempat penetasan dan pelepasan anak penyu ke laut. Tapi masa datang tu tak nampak pula aktiviti pelepasan anak penyu.
Mungkin waktu kami datang ni bukan musim penyu bertelur dan menetas. Next time mama kena google betul2 musim pelepasan anak penyu.
Pagar yang menghubungkan pusat konservasi dengan tempat penetasan tu pun ditutup. Frust mama tak dapat tunjuk kat anak2 macam mana penyu dilepaskan ke laut.
Kat dalam kolam di pusat konservasi tak banyak penyu. Beza dengan pusat perikanan kat port dickson yang kami pergi awal tahun ni. Kat sana lagi banyak penyu. Macam2 jenis ada.
Kami stay tak lama pun. Habis round satu kali, kami terus ke pantai balok untuk check in di de rhu beach resort. Sebelum check in mama plan nak lunch dekat sara thai kitchen yang terletak berdekatan dengan resort.
No comments:
Post a Comment