Disebabkan mini zoo teruntum dah dekat dengan teluk cempedak jadi papa terus pusing kereta ke sana. Actually teluk cempedak tak ada dalam itenary mama pun.
Kat teluk cempedak orang tak ramai lagi. Kedai2 pun belum buka. Yang ada cuma gerai2 jual buah dan mainan.
Nak jalan ke tepi pantai tak lalu sebab panas sangat. Kalau datang waktu petang maybe redup sikit dan ada aktiviti tepi pantai macam main layang2.
Hafiy bila nampak gerai mainan terus mengamuk nak beli pistol sabun. Kalau ikut hati mama malas nak bagi main sebab nanti tangan melekit kena air sabun.
Hafiy ni jenis tak makan saman. Kalau dah dia kata nak, dia nak jugak sampai dapat. Puas hati la tu dapat main belon.
Pastu dok hala kat tempat abang2 lepak. Abang2 tu dah la bengkek jer sebab diorang tak dapat main sama.
Lagi tambah geram sebab hafiy dok tembak kat diorang. Ni boleh menggugat kesabaran abang2 jer ni.
Si nakal sorang ni suka sangat cari pasal dengan abang. Kalau abang kacau dia tau menangis mengadu kat mama.
Then kami masuk a&w untuk sejukkan badan. Sambil2 tu boleh la tea time dulu. Lama tak minum float.
Kami just makan waffle sebab perut masih kenyang dengan breakfast pagi tadi. Sebenarnya mama plan nak makan dekat sara thai kitchen kat jalan gambut pula.

No comments:
Post a Comment