Bersempena cuti raya haji mama amik cuti seminggu. Plan nak singgah kuantan dulu sebelum balik kampung. Nak bawa anak anak makan angin kat de rhu beach resort.
Sebelum sampai resort, singgah kat kuantan dulu. Mama dah lama mengidam nak makan manggo cheesecake kat kula cakes.
Kedai ni memang jual kek semata. Kedainya pun kecil je. Kat dalam kedai cuma boleh muat dua meja kecil. Kat sebelah kedai ada kawasan lapang yang dijadikan tempat untuk makan2.
Kedai buka pukul 11 pagi. Mama datang tepat masanya, tetapi dah ramai yang beratur kat luar pintu. Setengah jam jugakla beratur baru dapat order.
Servis agak cepat sebab semua kek dah ready made. Just place order dan tunggu pekerja bagi kek. Kat sini self service ya. Kat belakang hadif tu tempat ambil air yang kita order.
Pavlova ni macam menarik je kan. Pilihan si hafiy la ni. Dia pantang nampak kek yang ada strawberry.
Inilah yang mama dok idam idamkan. Manggo cheesecake. Ya Allah memang sedap rasanya. Menyesal sebab beli 2 set je.
Mama ingat anak2 tak pandai nak makan. Rupanya berebut makan ngan diorang. Terasa rasa kepekatan syrup mangga tu.
Nak gi beratur balik macam malas sebab line dah makin panjang. Mau sejam baru dapat order. Menyesal tak beli sebiji terus tadi.
Air yang mama minum ni specialty kat sini. Mama lupa dah nama air apa. Tapi yang mama ingat air ni perisa pandan dan serai. Pastu ada biji selaseh kat dalam air.
Hajat hati nak datang balik esok. Nak beli sebiji terus baru puas hati. Tapi kedai pulak tutup setiap hari isnin. Huhuhu salah timing la kami datang bercuti ke kuantan.
No comments:
Post a Comment