Lepas gi teluk cempedak kami ke sara thai kitchen jalan gambut pula. Kat branch situ pun tutup juga restorannya. So kami just benti lunch kat kedai nasi campur je.
Then kami balik resort pastu semua bantai tidur. Sedar2 jer kat luar dah redup. So kami bangun siap2 untuk ke kolam. Mama just recycle baju malam tadi jer.
Papa pakaikan anak2 safety jacket kat bilik siap2. Pastu sapu uv protection pula. Tengoklah perangai si hafiy tu. Bukan reti dok diam. Dia sibuk dok tarik2 tali safety jacket hadif.
Semalam hafiy tak tau kat jacket ni ada wisel. Wisel dok kat dalam poket sebelah dalam jacket. Hari ni bila dia jumpa wisel tu memanjanglah dia dok meniup.
Tiga2 anak bujang mama dah ready nak terjun kolam. Tunggu papa siap pula. Papa ni cepatla kami dah tak sabar nak berenang ni.
3 stooges terkedek2 jalan ke kolam. Tengok langit terang jer. Harap2 cuaca elok sampai ke petang. Moga2 tak hujan macam semalam.
Sampai kolam si hadif terus terjun. Berkocak air anak dugong terjun dalam kolam. Nasib baik tak ada orang sekeliling dia.
Petang ni diorang explore semua permainan yang ada dekat kolam. Cuaca pun elok jer redup. Mainlah puas2 ye esok kita dah nak balik kampung.
Kat kolam hari ni tak seramai semalam. Mungkin sebab hari isnin orang dah start kerja so pengunjung dari kawasan sekitar sini kurang.
Puas main dekat kolam kanak2 diorang beralih ke kolam yang lebih dalam. Diorang dah makin berani bila pakai jacket.
Hafiy pun mengikut jer abang2 pindah kolam. Syoknya tengok diorang mandi. Mama geram jer nak mandi jugak tapi malas nak basahkan baju.
Mamat sorang ni bila dah lama kat dalam kolam dia mula la bosan. Dok merengek kat mama minta belikan bola.
Nasib baik rm10 jer harga bola tu. Dah dapat bola hafiy masuk ke dalam kolam balik. Sambung main baling2 bola dengan papa dan abang2 pula.
Seronok mama tengok anak2 enjoy mandi kolam. Sebesar besar kolam ni cuma diorang jer dok conquer mandi.
Berkejar tiga beradik ke sana sini mengejar bola. Sesekali dengar hafiy menjerit bila dia tak berjaya rebut bola dengan abang.
Lepas mandi kami pulangkan balik jacket dekat pekerja resort. Uncle hamidi tak kerja hari ni. Pagi tadi dia dah gerak balik kampung.
Puas hati diorang berendam hari ni. Mandi sampai kolam tutup. Lampu sekitar resort pun dah pasang menandakan hari dah gelap.
Balik bilik, makan maggi terus tiga2 tertidur kepenatan. Sudahnya kami dinner kat bilik jer malam ni. Papa keluar tapau makanan. Kesian pulak mama nak kejut diorang untuk keluar dinner.
No comments:
Post a Comment