Lepas lunch kami terus ke de rhu beach resort untuk check in. Badan dan melekit2 ditambah dengan cuaca panas kat kuantan. Tak sabar nak mandi dan merebahkan diri atas katil yang empuk.
Pintu masuk ke lobi ada pancuran air. Sejuk dan mendamaikan bunyi air mengalir. Sebenarnya mama pilih untuk stay kat sini sebab kawan lama mama kerja kat sini. Jadi urusan booking semua dia yang uruskan.
Dekorasi kat lobi bertemakan hari kebangsaan. Inikan bulan kemerdekaan negara kita. Dah 61 tahun malaysia merdeka.
Bulan ini juga merupakan bulan kelahiran rayyans. Kalau ikutkan due date untuk mama bersalinkan diorang dulu adalah 31 ogos tapi diorang dah tak sabar2 nak keluar awal 3 minggu dari due date.
Urusan check in berjalan lancar. Kami dapat bilik bernombor 154. Mama booked bilik deluxe mengadap laut tanpa breakfast. Kami akan stay kat sini untuk 2 malam.
Kat bilik ada satu katil king. Then kawan mama sponsor additional bed untuk rayyans. Thanks a lot to uncle hamidi. Bilik bersih dan kemas serta boleh tahan luasnya.
Dari tingkap bilik akan nampak kolam renang dan laut. Kolam memang banyak section untuk dewasa dan kanak2. Macam mini themepark siap ada giant slide dekat kids pool.
Kat sebelah kanan pula ada taman permainan. Tapi sunyi sepi jer sebab masing2 bertumpu kat kolam renang.
Tak tentu arah anak2 kat dalam bilik. Diorang tertunggu tunggu bila la boleh keluar pergi kolam. Sabar ya anak2. Cuaca kat luar masih panas terik. Kita tunggu redup sikit baru boleh pergi kolam.
Bagi papa rehat dan lelapkan mata sekejap. Penat drive dari pagi tadi. 3 stooges dok elok2 jangan gaduh. Nanti petang2 sikit kita pergi mandi kolam.
No comments:
Post a Comment