Sunday, August 19, 2018

Kula Cake By Lila Wadi

Pemilik kula cakes menjadikan tanah kosong di antara kedai kek dan bangunan sebelah sebagai tempat makan. 

Semasa mama beratur, papa n kids menunggu kat ruangan makan yang disediakan untuk menjamu selera. 

Walaupun kawasan ni open air dan tidak berbumbung, kami dapat menikmati makanan dengan selesa. 

Tempatnya redup dipayungi tumbuhan menjalar. Menjadikan suasana redup dan sejuk. 

Ruangan ni didekorasi menggunakan konsep down to memory lane. Barang2 lama dan antik digunakan untuk menghidupkan ruangan ini. 

Basikal tua yang digantung di dinding betul2 menggamit memori mama masa kecil. Basikal macam ni la yang digunakan oleh datuk mama dulu. Sesekali bila ada peluang, mama curi2 naik basikal datuk. 

Dinding pula tidak dibiarkan kosong begitu sahaja. Dinding dihiasi dengan lukisan tangan bercorak abstrak dan bunga bungaan. 

Puaslah anak mama yang seorang ni menilik setiap benda yang ada kat sini. Kiranya satu keunikan konsep yang diketengahkan. 

Tapi mama tak risau sebab kat sini walaupun ruangan bebas tetapi ada privasi. 

Sebelum balik wajib bergambar dengan signboard kula cakes by lila wadi. Lila wadi tu maybe nama husband n wife, owner kula cakes. 

Kalau tak silap mama ada lagi satu tempat yang dimiliki oleh owner yang sama, yang juga menyediakan manggo cheese cakes.

1 comment:

  1. wau bestnya..sedapnya teringin nk mango cheese kek tu . nt sis nk makan smpai tak ingat dunia hehe

    ReplyDelete