Monday, August 20, 2018

Mini Zoo Teruntum

Rupanya kat kuantan ni banyak tempat tutup pada hari isnin. Antaranya kula cakes dan petrosains playsmart. Jenuh juga mama nak plan itenary hari kedua kat kuantan.

Pagi ni kami nak ke mini zoo taman teruntum. Tapi sebelum tu kenalah breakfast kenyang2 dulu. Actually bilik yang kami duduk ni tak ada breakfast. Tapi uncle hamidi dah arrange breakfast untuk kami kat resort.

Lepas breakfast kami terus gerak ke mini zoo teruntum. Zoo ni letaknya antara bandar kuantan dan teluk cempedak. Tak jauh pun dari resort kami. Dalam 30 minit jer.

Harga tiket cuma rm2 jer perhead untuk kanak2 dan juga dewasa.

Binatang yang ada kat dalam zoo pun tak banyak. Cuma ada binatang yang kecil2 jer. Tapi better la daripada takde langsung.

Zoo kecik ni pun dah cukup buat anak2 mama happy. Ye la boleh lepas bebas jalan kat dalam zoo. Takde nak terperap kat dalam rumah je kan.

Antara haiwan yang ada adalah burung2 ni. Masa kami datang burung enggang tengah diberi makan buah betik.

Burung kuang kuning jantan. Yang betina kaler kelabu sikit. Ada sepasang jer spesis burung kuang kat sini.

Anak2 seronok bila nampak burung merak. Diorang dok tunggu kot2 merah ni akan kembangkan ekor.

Celah mana nak kembang ntah sebab ekor pun pendek jer. Takde part ekor yang bercorak warna warni tu.

Walaupun kawasan kecik jer tapi boleh tahan mengah mama nak jalan. Depa 4 branak dah jalan ke depan, mama masih tercungap2 naik tangga.

Mama suka zoo ni sebab banyak pokok dan redup jer. Jadi takdelah panas sangat nak jalan. Kawasannya pun bersih dan takde bau2 yang tak menyenangkan.

Meja kerusi untuk berehat pun ada disediakan. Kalau dah penat jalan boleh la berhenti melepaskan lelah sekejap.

Burung unta pun ada kat sini. Anak2 memang kenal sangat burung unta since kami tengok dekat port dickson awal tahun aritu.

Cuma kat sini tak dapat nak tengok burung unta sedekat yang boleh macam kat pd tu. Kat sini tengok dari jauh je la. Burung unta takut nak datang dekat kami.

4 jejaka pink pujaan hati mama. Lepas tengok burung unta kami jumpa balik tempat sarang burung tadi. Kiranya kawasan zoo ni satu bulatan. Dah habis pusing kami nak ke pantai teluk cempedak pula.

No comments:

Post a Comment