Tak plan pun nak ke sini. Malam tadi angah minta hantarkan ke Putrajaya. Nak ke Jabatan Pendaftaran untuk collect IC. Cepat betul servis kat putrajaya ni. Kalau buat IC baru boleh collect after 24 jam. Efisen.
Bila sampai JPN, dari jauh nampak bumbung khemah. Then baru teringat pasal WOW ni. Papa teruslah berpusing cari parking nak menyibukkan diri kat karnival tu.
Dari tempat parking dah nampak orang dok main paintball. Teruslah tuju ke sini dulu. Bersebelahan tapak paintball ni ada gokart. Tapi takde orang plak main time tu.
3 beranak ni mula la cari port baik. Duduk bawah pokok sambil tengok orang lawan paintball. Berkerut kening masing-masing menahan cuaca yang silau dan panas berdenting.
Selesai layan paintball, kami terus menuju ke khemah. Nak tengok apa yang menarik kat sana.
Mula-mula nampak belon dalam air ni. Gigih budak-budak tu dok dalam belon berpanas. Rayyans pun mula la menggeletik nak main jugak.
Tetiba dengar lagu gangnam style dipasang. Hadif cepat-cepat tarik tangan mama nak tengok. Ada budak-budak sekolah tengah menari gangnam style.
Rayyans memang minat lagu ni. Siap boleh menari gangnam lagi. Entah sapa la ngajar dia kat umah pengasuh tu. So kami cari port redup untuk bagi peluang kat Rayyans menikmati tarian gangnam tu.
Dah habis gangnam, kami ke booth upin ipin plak. Ni salah satu kartun kegemaran Rayyans.
Kat bawah khemah upin ipin ni ada pertandingan mewarna, bergambar dengan patung upin ipin, pelbagai cenderahati upin ipin ada dijual.
Pastu disediakan satu wall untuk budak-budak mewarna. Rayyans tak ketinggalan meninggalkan jejak kat dinding ni.
Dari jauh nampak kereta bomba antik. Terus bypass semua khemah-khemah jualan menuju ke sini. Tak larat mama nak tawaf semua gerai sebab panas yang amat.
Suka anak-anak mama dapat naik kereta bomba. Pastu gedik-gedik nyanyi umah terbakar panggil bomba..bomba datang berlumba-lumba...
Lepas turun dari kereta bomba, pegawai bomba tu offer naik motor. Berebutla si kembar ni nak naik motor besar.
Ada gaya tak?
Pastu Rayyans nampak plak kuda. Dah menggeletik ajak pi tempat kuda plak. Kejap jer dok sini sebab busyukkkk...
Lepas tengok kuda dah tak larat nak berjalan. Panas terik wooo. Berpeluh celah bedah semua. Tapi sebelum balik sempat lagi Rayyans pow mama beli mainan.
No comments:
Post a Comment