Sunday, March 10, 2013

Gold Coast Morib Resort

Dari Banting, kami ikut jer sigboard Morib. Sampai satu ketika, sigboard Morib sudah tidak kelihatan. Hahaha..maksudnya sesat la tu. Tunggula ada rezeki lebih nanti mama nak beli gps. Senang nak jalan-jalan.

Ginilah jadinya bila gi tempat yang tak biasa kaki jejak. Orang lain dah pakai gps kami masih lagi teraba-raba kat Sg Raba. Censored u nama kampung dia.

Terpaksalah benti tanya orang arah yang betul. Tak malu bertanya, tak sesat jalan. Rupanya dah salah amik jalan laa..kena patah balik.

Pukul 2.15 baru sampai kat GCM ni. Masuk2 jer kat lobi nak check in, mak terkujat nyah. Line sampai ke pintu nun. Ramai rupanya orang bercuti ari ahad membawa ke ari senin ni. Rata-rata bawa voucher groupon or yang seangkatan.

Pukul 3 baru turn mama sampai. Barulah boleh daftar masuk. Tapi yang hampehnya, ingat boleh terus check in. Rupanya sistem dia kena daftar dulu, then beratur kat kaunter lain untuk amik no bilik dan kunci. 2 kali beratur noks. Rasanya pihak resort perlu improved bab ni. Rayyans pun dah naik bosan tunggu mama check in lama sangat. Meh kita skodeng apa yang Rayyans buat masa mama beratur hampir sejam tu..

Kat lobi ada gramophone ni, tapi jenis yang moden rasanya. Tak pakai piring hitam sebaliknya guna cd jer. 

Si Hazim dok main tekan-tekan, entah macam mana ter'eject' tempat cd tu. Pucat muka dia panggil papa suh masukkan cd tu balik.  

Masing-masing kagum tengok tulisan yang bercahaya dan boleh gerak ke atas. Mama memandang dari kejauhan, berdoa dalam hati janganlah budak berdua ni gi off plug kat tepi board tu. 

Ni lagi satu, risau jer kot-kot diorang tarik kapal ni.  

Sekarang jom kita check bilik plak. Mama dapat bilik 2342. Stands for blok 2, tingat 3 bilik no 2342. 

Yeay akhirnya sampai juga ke bilik. X sabar nak landing atas katil rehatkan badan.

Kami dapat bilik yang mengadap theme park. Teruja gitu. Mama tak mengharap pun nak dapat bilik ngadap theme park ni. Mama ada baca review kat blog cakap kalau nak bilik ngadap theme park kena request masa booking. Mama plak tak terequest masa booking aritu.

Kami dapat bilik yang ada 2 katil single yang kemudiannya dicantumkan satu queen. Biliknya memang cantik. Cadar kedut-kedut tu sebab anak bujang dah terjah dulu.

TV flat screen...meja..cukup lengkap. Mama paling suka sebab areanya luas. Puas anak-anak berlari kat dalam ni. 

Bukan setakat berlari, memanjat pun boleh.

Mama pernah baca kat blog mengatakan dalam bilik takde arah kiblat. nampaknya pihak pengurusan dah mengambil inisiatif untuk meletakkan arah kiblat.
 
Kat tepi katil ada dinding bertingkap yang memisahkan bilik tidur dan bilik air. Kat bilik air ada jakuzi uols. Nasib baik ada tingkap, bolehlah mama meninjau anak-anak dok berendam dari atas katil jer.

Jakuzi yang buatkan anak bujang tak senang duduk. Tunggu green lite dari mama nak berendam. Seronok si Rayyans dapat berendam dalam ni. Habis kecut-kecut kaki tangan. 

No comments:

Post a Comment