Bahan-bahan untuk sirap
150g strawberry filling
80mL air suam
Bahan-bahan lain
250g cream cheese
250g whipping cream
50g gula icing
1 paket biskut marie
Cara-cara
- Untuk sirap, campur kesemua bahan dalam periuk kecil dan kacau sebati.
- Pukul cream cheese sehingga gebu. Masukkan gula icing dan pukul seketika.
- Masukkan whipping cream. Pukul sehingga agak pekat dan sebati.
- Cara untuk melapis: mula-mula letak sekeping biskut marie, kemudian masukkan sedikit sirap, dan letak krim ke atasnya. Ulang sehingga adunan habis. Hias dengan hirisan buah strawberi.
- Simpan dalam peti sejuk untuk seketika sebelum dimakan.
Adunan ni menghasilkan 7 bekas seperti di atas.
No comments:
Post a Comment